terima kasih nippon paint!

assalamualaikum

aduh, letih dan penat. baru je pulang dari KL. lebih kurang seminggu jugak duk KL angkara abang aku yang dimasukkan ke Hospital Serdang kerna disyaki menghidap demam denggi. memang nasib keluarga aku kot kena serang dengan nyamuk je. first yang kena aku. pastu abang sulong aku. kemudian, abang kedua aku ni pulak. sabo jela. ada kenikmatan di sebalik kesakitan dan kesusahan yang manusia hadapi ni. betol tak? ;)

eh, intro aku tak dapat membayangkan tajuk entri aku kali ni. haha. okay. ini yang terjadi sebenarnya. abang sulong aku ni try nasib masuk contest sempena program Ceria Di Hari Raya Bersama Nippon Paint. susah pulak asyik panggil abang sulong. so, aku memperkenalkan abang sulong aku, abang keri. kembali kepada tajuk asal, program ni lebih kurang macam deko bersama eric leong. aku pon bajet program ni yang eric tu tapi orang lain pulak. hos program ni suriani abd rahman @ kak su . kalu tak kenal dia, cuba tengok berita kul 8 malam kat rtm hari ahad. so, aku malas nak menaip la. santapan gambar di bawah menceritakan apa yang berlaku. ;)






krew production datang awal pagi. aku baru siap mandi, tengok2 diorang dah nak mekap. so, aku pon join sekaki lepak dengan krew diorang ni. untuk pagi ni, ada 2 scene. scene pertama abang aku kononnye di'interview'. yang kedua, kak su ni datang umah then sembang2 dengan abang aku. ehem2, bukan nak riak atau ape2, tapi ini kenyataan. kak su cakap aku akan jadi construction manager satu hari nanti.hehe. Amin.. dari sini jugak aku dapat tips macam mana nak berhadapan dengan orang ramai. berlakon ni macam kita buat presentation dalam kelas. kak su cakap body language memang penting tapi eye contact lagi penting. tips berguna untuk aku sebab tak lama lagi KRU studios offer aku berlakon dengan lisa surihani. (jangan jeles ye..hihi)


ni pulak di saat surprise akan terbongkar.haha. actually abang aku buat semua ni untuk surprisekan isteri dia merangkap kakak ipar aku. let's me introduce to you. kakak iparku dipanggil kak iela. dia sebenarnya baru je balik kerja, terus dapat surprise. agak2nye adik beradik aku ni memang suka buat surprise ke?haha. takpe2. ni baru sedikit. untuk my future wife, i akan bagi u surprise lebih bermakna dari yang ini. ;)


sebelum


dan 


selepas




korang nilai sendiri la ye. bagi aku memang cantik. kak iela aku tu suka sangat2 sampai tak nak keluar pergi makan lepas tu. nak tengok je rumah dia. itulah die kasih sayang seorang suami kepada isteri. ini semua rezeki abang aku. terima kasih nippon paint!
;)




* 2 3 hari ni aku asyik post entry sedih je kan. korang pon mesti dah bosan. harap entry kali ni dapat meng'happy'kan anda kembali. 

6 comments:

  1. Bila la saya nak menang camni..masalahnyer tak penah masuk contest camner nak menang???

    ReplyDelete
  2. ummi & missrierie: thanks!! ;)
    qaseeh tolia: nak menang sng jer.. tipsnye anta borang penyertaan lewat2..hehe

    ReplyDelete