BERSIH yang KOTOR.

assalamualaikum




straight to the point, semua dah sedia maklum berkenaan dengan perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di ibu negara. perhimpunan ni inginkan keadilan dalam pilihanraya. yang ni aku tak nak komen apa2 sebab aku tak pasti pilihanraya kat negara kita ni bersih atau tidak. tapi aku cuma nak komen perhimpunan BERSIH ni. kalau nak pastikan pilihanraya negara kita ni bersih dan adil pon, tak payahlah nak berdemonstrasi. aku nak komen ni pon sebab aku sayang orang Melayu. mudah sangat kena tipu.

okay. ni ape yang aku dapat kat youtube. perhimpunan bersih ni dapat tajaan dari National Democratic Institute (NDI). NDI ni ditubuhkan oleh orang amerika. so, pikirlah. untuk ape orang amerika ni nak taja perhimpunan ni? pilihanraya negara kita takde kena mengena dengan diorang pon. ok, Melayu cuba pikir.

satu lagi, siapa ketua demonstrasi ni? Ambiga Sreenavesan. siapa dia ni? 

"Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini kerana beliau adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001 untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut."

orang Melayu Islam cuba pikir lagi. nak duk bawah orang macam ni ke. diorang ni bercakap bagai nak rak tapi tengok la nanti siapa yang bersemangat berhimpun nanti. melayu laa.. berapa kerat sangat India dan Cina yang turut serta berhimpun nanti. melayu cuba pikir lagi sekali.

Yang Dipertuan Agong pon dah bertitah bab perhimpunan ni. tapi ada jugak yang tuduh Yang Dipertuan Agong kita ni dengar cakap Dato' Najib. lansung takde rasa hormat. raja ni la lambang kemelayuan negara kita. orang melayu sanggup gadaikan maruah untuk dapatkan negara ni. tak sedar lagi ke? kita sedang diperbodohkan.

aku bukan nak bela kerajaan sangat pon cuma aku nak sedarkan orang melayu kita je sebab aku sayang Melayu!





* jangan gadaikan maruah kita semata-mata sifat tamak kita. jangan jadi macam negara masai. kalau kita ada nujum pak belalang, aku pon tak kisah.

4 comments:

  1. Suke la..entry nih..huhu saye pun syg semua rakyat Malaysia..hargailah keharmonian yang kita kecapi..janganlah kita sendiri yang memusnahkannya..huhu

    ReplyDelete
  2. lindungi negara dan bangsa kita dengan cara yang betol..!!

    ReplyDelete
  3. Jangan melakukan sesuatu perkara yg boleh mendatangkan kemusnahan kepada sistem negara tanpa mengetahui agenda-agenda mereka yang tersembunyi itu.. Jadilah rakyat Malaysia yang perihatin.. Nice info.. :)

    ReplyDelete
  4. honestly tak tau pape pun pasal besih + sekarang politik kotor !

    ReplyDelete